19 Ramadhan 1435 Hijrah
Al Quran Surah ke-5: Al-Mai'dah: Ayat 77-84
بسم الله الرحمن الرحيم
77]
Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul”
[78]
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
[79]
Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
[80]
Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).
[81]
Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.
[82]
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
[83]
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
[84]
“Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh”
صدق الله العظيم
Sepintas
lalu, kenali Aman Palestin
Visi : menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati diri umat Islam di
Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah
yang berukhwah
Misi : membina projek yang nyata didalam pelbagai bidang di bumi
Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan
kehidupan disamping menampung keperluan segara yang diperlukan
Objektif:
1. Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.
2. Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan
3. Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar
negara
4. Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO
5. Merancang aktiviti secara bersepadu
6. Mengajurkan siri-siri forum perbincangan
7. Menerbitkan dan mendedarkan bahan-bahan am
Dermalah
ke Amal Palestin, lakukan sesuatu
Masukkan sumbangan dan derma ke dalam akaun bank :
Masukkan sumbangan dan derma ke dalam akaun bank :
AMAN
PALESTIN BERHAD
Bank Islam 12029010047880
MayBank 562263010787
Bank Muamalat 12070005133717
amanpalestin@yahoo.com
amanpalestin.org
Bank Islam 12029010047880
MayBank 562263010787
Bank Muamalat 12070005133717
amanpalestin@yahoo.com
amanpalestin.org
Kemanakah
dana tersebut disalurkan?
sumber : http://amanpalestin.org/index.php?action=profile&
1. Pembinaan rumah anak-anak yatim Palesin
2. Bantuan sara hidup yatim Palestin
3. Bantuan pelajaran pelajar-pelajar Palestin
4. Projek pembiayaan keluarga miskin Palestin
5. Projek pertanian sara diri di Nablus
6. Projek berbuka puasa
7. Bantuan perubatan Palestin
8. Projek Qurban Aidil Adha Palestin
9. Bantuan Hari Raya
10. Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah
11. Projek pusat kegiatan anak-anak yatim
12. Dan bermacam-macam lagi
*Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan melihat
gambar-gambar, layarilah amanpalestin.org
Akhir
kata :
Projek-projek tersebut memerlukan wang. Kita mungkin tidak mampu
berjihad mengangkat senjata namun kita masih mempunyai kekuatan dari
segi kewangan dsb. Marilah kita menggunakan apa saja yang termampu
untuk
membantu saudara Islam kita di sana. Tanamkan disiplin didalam membantu
saudara-saudara kita disana dan berusahalah dalam mengajak
saudara-saudara kita yang lain untuk membantu umat Islam Palestin yang
ditindas. Semoga kita mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah SWT.
Wassalam.


No comments:
Post a Comment